music

Thursday 4 August 2016

APAKAH 5 S ?


5S merupakan satu amalan budaya daripada masyarakat Jepun, dengan fokus untuk mewujudkan satu suasana kualiti di sesebuah organisasi yang mampu memastikan standard yang ditetapkan serta menerapkan semangat untuk penambahbaikan berterusan. 5S merupakan singkatan kepada perkataan Jepun 
                                   

Konsep Amalan 5S (QE)

  1. SISIH (SEIRI)
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan membuangkannya.
  • SUSUN (SEITON)
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya ianya mudah diambil untuk digunakan.
  • SAPU (SEISO)
Bersihkan tempat kerja anda dengan rapi supaya tiada habuk di atas lantai, mesin dan perkakas.
  • SERAGAM (SEIKETSU)
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang tinggi pada setiap masa.
  • SENTIASA AMAL (SHITSUKE)
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan sendirinya.
 Kenapa 5S?
  • Tempat kerja lebih bersih dan tersusun Tempat kerja lebih selamat
  • Hasilnya mudah dilihat oleh semua orang Menjana pemikiran kreatif kakitangan Meningkatkan disiplin secara semulajadi
  • Kakitangan berbangga dan menghargai tempat kerjanya
  • Meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan.


Apakah 5 perkara utama yang diberikan fokus dalam 5S ?
  1. Kebersihan
  2. Kekemasan
  3. Kemudah-kesanan
  4. Keselamatan
  5. Komunikasi

No comments :

Post a Comment